Tuesday, 10 April 2012

sejarah penubuhan johor


Sejarah Penubuhan Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.
Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.
Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.
Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.

Saturday, 7 April 2012

apa itu blog


Apakah Itu Blog? : Pengenalan Ringkas



Zaman sekarang, blog boleh dikatakan sinonim dengan pengguna internet. Untuk mereka yang tidak tahu apa itu blog, ada sedikit penjelasan dibawah.

Blog: Gabungan perkataan "web log". Merupakan sejenis bentuk laman web ataupun sebahagian dari laman web yang mana dikemaskini oleh individu dengan entri berbentuk tulisan, gambar atau video.

Blogging: Aktiviti memasukkan entri ke dalam blog seperti komen, pendapat, laporan sesuatu kejadian, dan sebagainya.

Blogger: Individu yang mengemaskini atau memasukkan entri ke dalam sesebuah blog.

Asal usul perkataan blog

Tahukah anda sejarah blog bermula dari awal 1990-an, dan bentuk blog yang biasanya kita lihat sekarang ini merupakan perkembangan daripada "online diaries". 

Blog boleh dikatakan bentuk baru penulisan dan jurnal bagi sesiapa yang berminat untuk mengeksperesikan diri. Antara penyedia platform blog percuma yang menjadi pilihan blogger adalah "Blogger" dan juga "WordPress". Sekarang terdapat juga "micro blog", iaitu sejenis bentuk blog yang mempunyai entri pendek dan ringkas. Contoh "micro blog" yang paling popular adalah "Twitter"

Sehingga kini, terdapat 156 juta blog wujud untuk tontonan umum. Pelbagai jenis blog telah direka dan elemen-elemen yang boleh dikaitkan dengan blog adalah seperti,


Sedikit pesanan kepada rakan-rakan bloggers ataupun bakal bloggers sekalian, apa yang dimasukkan ke dalam blog biasanya untuk tontonan umum. Adalah dinasihatkan supaya berhati-hati bila memasukkan entri kerana,

"what's being uploaded to the internet stays in there forever"

Selain itu, tulislah sesuatu itu dengan jujur dan bermanfaat.


"Better to write for yourself and have no public than to write for the public and have no self "

kisah ibu


KASIH SEORANG IBU HINGGA KE AKHIR HAYAT.

terbaca di himpunan cerita sedeh...

Kisah yg amat menyayat hati dan pastinya akan menyentuh naluri keibuan kita…bacalah.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga.

Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi.

Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. Subhanallah...

contoh pantun pujian


Contoh Pantun Pujian

flower
Pantun Pujian

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
gula madu disangka manis
manis lagi senyuman puan

flower 
Buat bangsal di Pulau Daik
Menahan taut sambil mengilau
Kalau asal benih yang baik
jatuh ke laut menjadi pulau
flower
Bunga manggar di atas pentas
tuan nampak segar di atas pentas

flower
 
  Dari Melaka ke Kuala Lumpur
Singgah sebentar di Salak Tinggi
Puan sungguh menjadi penghibur
Setelah letih modul digubal teliti
flower
Singgah sebentar di salak tinggi
Menghilang dahaga menghilang penat
puan ibarat ibu mithali
Boleh meniup menyuntik semangat


flower 

Anak tebuan berlima-lima
Hinggap di dahan bunga kemboja
Nasihat tuan sungguh bermakna
Boleh meniup menyuntik semangat

flower
 


Terbang tebuan beringat-ingat
Agar lengan tidak berkesan
Ucapan tuan sungguh menyengat
Menjadi dorongan sempurna tugasan.

flower
Berarak awan di air pasang 
Berhuja-huja nelayan bergegas
Ucapan tuan sungguh merangsang
Meringan kerja menyiap tugas
flower
 Harimau bersinSang Kancil lari
Bergerak buaya melompat tupai
Kami yakin tuan bestari
Buat kerja hingga selesai.
flower


 Rama- rama di pohon meranti
Tempat mainan unggas dan mawas
Sekian lama kami menanti
Ucapan tuan tuntas dan bernas

flower
Ikan gelama si ikan Sengat
Berenang-renang di dalam tebat
Tuan laksana mutiara hikmat
Pemberi dorongan peniup semangat
flower
 Bunga seroja si bunga anggerik
Penghias taman di tepi kolam
Tuan bekerja tak pernah serik
Menyinsing lengan siang dan malam
flower
Anak haruan dijaring pukat
Anak tempua di atas jerami
Walau tuan berjadual ketat
Mampu jua bersama kami
flower

pantu seorang guru


Contoh Pantun Terima Kasih.


Thanking You With Flowers 
Anak raja makan sirih
sekian terima kasih
Thanking You With Flowers 

Bawah batang ada keli
Batang rebah menumpu tanah
Cadangan dibentang jelas sekali
Terima kasih,syabas dan tahniah.

Thanking You With Flowers

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.
Thanking You With Flowers

Pohon sirih pohon selasih
Tumbuh merimbun di hujung laman
Kalungan budi junjungan kasih
menjadi kenangan sepanjang zaman
Thanking You With Flowers

Berkejar-kejaran ombak dilaut
Menyentuh pantai berpasirbersih
Budi tuan disebut-sebut
Kerja selesai dan terima kasih.

Thanking You With Flowers

Bersarang lebah dipohon palas
burung kelicap di pohon selasih
Pengetahuan bertambah penerangan jelas
Majlis mengucapkan terima kasih.

Thanking You With Flowers

Pohon selasih di dalam kolam
Anak haruan berenang-renang
Terima kasih kami ucapkan
Budi tuan menjadi kenangan


Thanking You With Flowers

Terbang selisih siburung kedidi
Terbang berduyun di waktu pagi
Terima kasih daun keladi
di lain tahun berjumpa lagi
Thanking You With Flowers

Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Bila diundang datanglah lagi.

Friday, 6 April 2012

kasih sayang ibu bapa


                 kasih sayang ibu bapa 



SESEORANG anak yang dilahirkan adalah hasil perkongsian hidup suami isteri yang dikenali sebagai ibu bapa.Ibu bapa banyak berjasa. Mereka yang mendidik, mengasuh serta memberi pendidikan dunia dan akhirat kepada anak.Ibu bapa berkewajipan mendidik dan memberi pelajaran agama kepada anak. Mereka juga memberikan makan minum, pelajaran, pendidikan kesihatan, pendidikan akhlak dan akal, budi bahasa dan perbelanjaan sehingga anak meningkat remaja.
Lukmanul Hakim pernah menasihati anaknya dalam usaha mendidik, antara katanya: Hai anakku. Aku wasiatkan engkau dengan sifat-sifat, jika engkau berpegang teguh dengan sifat-sifat berkenaan, nescaya engkau sentiasa menjadi kepala antara teman-temanmu: Lapangkanlah budi pekertimu kepada orang dekat dan jauh. Peganglah kebodohanmu daripada orang mulia dan orang tercela. Jagalah teman-temanmu, sambungkanlah silaturahim dengan kerabat-kerabatmu. Amankan mereka daripada menerima perkataan pembawa fitnah atau mendengar orang zalim yang menghendaki kerosakan dan bermaksud menipumu. Hendaklah teman-temanmu itu, orang yang apabila engkau berpisah dengan mereka dan mereka berpisah dengan engkau nescaya engkau tidak berpisah dengan mereka, tidak memalukan mereka dan mereka tidak memalukan engkau.
Kebanyakan remaja pada masa kini kurang menghargai jasa ibu bapa. Faktor perpindahan remaja dari kampung ke kota menyebabkan ibu bapa terpinggir dan tidak dipedulikan di desa.Hal ini tentulah berlawanan dengan hasrat kerajaan untuk mewujudkan masyarakat penyayang dalam kalangan rakyat. Masyarakat penyayang yang ingin diwujudkan mestilah ada timbal balik antara anak dan ibu bapa. Hanya melalui pendidikan dan bimbingan yang berterusan keadaan ini dapat diwujudkan.
Ibu bapa tentulah sudah mendidik anak dengan sifat-sifat terpuji antaranya jujur, amanah, sabar, berakhlak mulia, berjiwa besar, bertoleransi, suci hati, rendah diri, sifat malu, menepati janji, belas kasihan, memuliakan jiran tetangga, mengeratkan hubungan persaudaraan dan mengenang jasa.Sifat-sifat kebaikan ini tidak lengkap jika tidak dipraktikkan oleh anak, terutama anak remaja kepada ibu bapa mereka yang sudah tua dan terlalu uzur. Mereka perlu mendapat perhatian, kasih sayang bagi menguatkan semangat untuk menghadapi hari-hari tua.
Hal ini pernah disuarakan oleh Prof Hamka mengenai jasa ibu bapa kepada anak remaja, katanya: Kalau ada seseorang yang berbuat jasa kepadamu, meskipun jasa itu dipandangnya sebagai kewajipan saja, wajib atasmu bertekad akan membalasnya dan mensyukurinya serta mengingatinya, tetapi niat itu kau simpan sepenuh rahsia mungkin dan tolonglah dia sewaktu mendapat kesusahan sebagai ganjaran yang menjadi hak yang menerima. Pendidikan dan kehidupan berkait rapat secara akrab. Jika pendidikan itu lengkap dan bermutu, maka manusia dapat menjalani kehidupannya dengan baik dan sejahtera. Dari segi matlamat dan tujuan pendidikan adalah untuk melahirkan insan soleh, insan yang beriman dan bertakwa, berilmu, berakhlak mulia, berketrampilan, bertanggungjawab dan berbakti.
Sebagai seorang anak yang soleh dengarkan perkataan orang tua dengan sebaik-baiknya. Jalankan dan taati perintah mereka apabila perintah itu sesuai dengan syariat Allah s.w.t.Datanglah lekas jika mereka memanggil. Tundukkan kedua lengan bahu dan rendahkan diri di hadapan kedua-duanya seperti yang diperintahkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan rendahkan dirimu terhadap mereka berdua (ibu bapa) dengan penuh kasih sayang (Al-Isra:24)
Jangan merasa bosan berbakti kepada mereka. Jangan pula merasa bosan menjalankan perintah mereka. Jangan memandang mereka dengan pandangan sebelah mata. Janganlah sampai ada meninggikan suara di hadapan mereka atau berkata dengan suara keras ketika berbicara dengan mereka.Jangan pula anda mengherdik atau berkata cis kepada mereka apalagi kalau sampai menyalahi, tidak mengindahkan perintah dan anjuran mereka. Lukmanul Hakim memberi nasihat kepada anaknya antara katanya: Hai anakku! Jangan kamu mempersekutukan Allah kerana perbuatan mempersekutukan Allah itu adalah satu kezaliman yang besar.Hendaklah kamu patuh dan berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa kamu. Jika kedua-dua orang tuamu memaksa untuk mempersekutukan Allah maka janganlah kamu mengikutnya. Jelaslah bahawa seseorang anak itu mestilah patuh kepada kedua-dua ibu bapa mereka kecuali perkara yang melanggar syariat Allah s.w.t. Seseorang anak atau remaja mestilah patuh dan mengikut nasihat ibu bapa mereka untuk kebaikan di dunia dan akhirat.
Masyarakat Malaysia secara umumnya sering diperkatakan sebagai masyarakat yang bertimbang rasa, berbudi pekerti dan gemar berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.Ini ada kaitannya antara hubungan anak dan ibu bapa sebagai teras masyarakat penyayang. Islam mengambil berat perihal hubungan yang murni antara anak dan ibu bapanya. Islam menganggap persoalan ini sebagai teras kepada pembinaan masyarakat yang harmonis dan berjaya.Selain inginkan kekayaan dan kemajuan, Islam juga mahukan kekayaan perwatakan yang cemerlang dan tinggi budi pekertinya di kalangan umatnya.
Dalam Islam, menghormati, menyayangi, berbelas kasihan dan menjaga kebajikan ibu bapa adalah sesuatu yang wajib. Dan melaksanakan sesuatu yang wajib adalah ibadah.Allah berfirman yang maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan. (Surah Luqman:14) Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan melahirkannya dengan menanggung susah payah. (Surah Al-Ahqaf:15) Daripada kedua-dua ayat itu, jelas bahawa tugas berbuat baik kepada ibu bapa kita adalah wajib dan bukan pilihan peribadi. Seseorang anak juga patut menjaga makan minum, kesihatan, kebajikan dan perbelanjaan ibu bapa yang sudah tua. Anak tidak boleh membiarkan ibu bapa melarat dan tidak dijaga dengan sebaiknya.
Ada anak yang menghantar ibu bapa ke rumah kebajikan apabila ibu bapa mereka sudah tua dan uzur. Perkara ini tidak seharusnya boleh terjadi dalam masyarakat Malaysia yang mengamalkan nilai murni dan pembentukan masyarakat penyayang. Allah menegaskan dalam al-Quran yang maksudnya: Jika salah seorang daripada kedua-duanya (iaitu ibu bapa kita), atau kedua-dua sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan pemeliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan Ha! dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka, perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (Surah Al-Isra:23)
Natijahnya, seseorang anak mempunyai tugas dan tanggungjawab yang berat untuk menjaga dan memelihara kedua-dua ibu bapa mereka apabila mereka sudah tua, namun tugas dan tanggungjawab itu adalah suatu ibadah dan perbuatan yang sangat mulia serta patut mendapat sokongan dan sanjungan semua ahli masyarakat ke arah membentuk masyarakat penyayang.

kasih ayah dan ibu

Asalamualaikum....hari ni jom kita layan sajak kasih seorang ayah dan emak.............



AYAH….IBU,
Pengorbanan kalian bak titisan air hujan
Kasih sayang kalian sedalam lautan biru
Doa kalian umpama cahaya bulan purnama
Harapan kalian setinggi sang rembulan

Ayah..ibu,
Demi kalian aku rela
Rela berusaha dan bertekad untuk berjaya
Ingin membalas segala budi baik kalian
Dan ingin bergelar srikandi yang cemerlang
Walau setinggi rembulan
Anakmu ini tidak akan gentar

Ayah…ibu,
Sesungguhnya kalianlah puncak inspirasiku
Kalian kompas hidupku
Demi satu arah dan sebuah destinasi
Untuk mengejar suatu kejayaan yang pasti

Ayah. ibu,
Tiada seungkap kata manis dari anakmu
Tiada sebaris bicara mulia buat kalian
Terima kasih atas segalanya
Doa, kasih sayang dan pengorbanan kalian
Akan ku renang hinga hujung nyawa.

Akhir kalam,,,semoga apa yang terjadi dalam hidupku akan ku jadikan pengajaran untuk menghadapi masa depan. Ayah dan Ibu seribu tahniah ku ucapkan. Didikan yang telah kau berikan akan ku jadikan sebagai suri teladan yang baik. Aku telah buktikan kepada dunia bahawa aku manusia yang paling bertuah kerana Insya Allah akan menjadi Penghuni Syurga. Semoga apa-apa yang baik dan salah itu datangnya daripada Allah Taa'la. Dialah Yang MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.